Thursday, January 15, 2009

Surat Terbuka Kepada Sahabat

Bekas Pelajar Diploma Pengurusan Hartanah,
Fakulti Senibina Perancangan & Ukur,
Universiti Teknologi Mara,
40450 Shah Alam.

...............................................................

Mantan Ketua Klas DEM
Menara MPKj,
43000 Kajang. 15 HB JANUARI 2009


Tuan,

PER : PROGRAM REUNION EX-DEM PADA 21-22/2/09 DI PORT DICKSON

Perkara di atas di rujuk.

2. Satu program ukhwah bersama ex-dem akan dijalankan pada tarikh dan ketentuan seperti dinyatakan diatas.

3. Program ini bertujuan untuk mengembalikan ikatan silaturrahim sahabat-sahabat yang telah lama terputus setelah tamat pengajian sekitar tahun 2003 - 2005. Di samping berjumpa sahabat-sahabat lama, program ini juga di harap dapat menjadi titik permulaan bagi program-program yang akan diadakan pada masa akan datang.

4. Pertemuan ini juga nanti akan menjadi medan penentu hala tuju sebenar persatuan ini nanti. Maka, besarlah hajat urusetia disini supaya pihak yang hadir dapat bersama-sama memikirkan bagaimana langkah dan kaedah yang perlu diambil bagi memastikan persatuan ini akan terus aktif pada masa akan datang.

5. Sehingga surat ini ditulis, pihak urusetia telah menerima maklumbalas yang positif mengenai program yang akan diadakan ini. Bukan ingin retorik, Secara kasarnya, bilangan ex-dem yang akan menyertai program ini dijangka mencecah 20 orang keatas. Ini adalah permulaan yang baik bagi kita sama-sama membentuk balik gagasan persahabatan yang telah lama ditinggalkan.

6. Pihak urusetia juga ingin memaklumkan supaya mereka yang ingin hadir boleh meletakkan nama dan bilangan ahli keluarga diruangan ''KEHADIRAN''. Sukacitanya sekiranya dapat meletakkan nama selewat-lewatnya 19/2/09 pukul 5:00 ptg. Ini bagi memudahkan pihak urusetia melakukan tempahan bilik-bilik hotel dan seterusnya merancang aktiviti yang bakal dijalankan nanti.

7. Pihak urusetia juga sangatlah berharap supaya anda semua memberi kerjasama sekiranya ditanya mengenai status kehadiran. diharap ex-dem semua dapat membuat keputusan segera dan tidak berdolak-dalik atau tidak pasti mengenai kehadiran. Sedia maklum, kita semua sudah dewasa dan sudah mampu membuat keputusan dengan cepat dan bijak. kami faham dengan komitmen dan bebanan tugas yang harus pikul oleh anda, tetapi kehadiran anda dan keputusan segera amatlah dihargai. Makluman ini ikhlas ditujukan kepada sesetengah ahli dem yang masih tidak pasti mengenai kehadiran mereka.

8. Untuk mengesahkan kehadiran, diharap juga para ex-dem dapat bertanya kepada pihak jabatan masing-masing samada pada tarikh tersebut terdapat kursus atau tidak. Ini kerana rata-rata dikalangan anda memberi alasan takut terpaksa menghadiri kursus pada saat akhir. Diharap anda semua dapat mengikis sikap sambil lewa ini dan dapat menyemak sebenar-benarnya samada boleh hadir atau tidak.

9. Kami disini secara jujurnya berasa sedikit DUKACITA dengan sikap segelintir daripada anda semua yang masih mengamalkan sikap seperti di zaman pembelajaran dahulu. sikap lambat membuat keputusan dan suka membuat keputusan last minute ( tunggu & lihat ) telah menjadi satu stigma yang ada pada diri anda dan boleh menggagalkan program yang telah direncanakan ini. kami disini juga tidak mahu sekiranya akibat kelewatan anda membuat keputusan akan menyebabkan perjalanan program ini terjejas. Komitmen dan kerjasama amatlah penting bagi menjayakan program ini. jadilah insan yang bertanggungjawab dan tidak menyusahkan rakan-rakan yang lain.

10. Akhir sekali, sudilah kiranya anda semua menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain dan masih tidak dapat dihubungi seperti auzan dan suriyani. Pertolongan anda semua akan dapat memastikan program ini berjalan lancar dan teratur. Bagi rakan-rakan yang tidak dapat hadir, kami disini meminta supaya dapat mewar-warkan program ini kepada rakan yang lain. Insyaallah, jika diizinkan Allah S.W.T, akan ada program seperti ini pada bulan-bulan yang akan datang. Ingat, kejayaan program ini adalah 100% terletak kepada penyertaan anda semua !!!


sekian terima kasih




''ONE SOCIETY,ONE MISSION AND ONE HOPE''


WakzJaley
2000 - 2003

22 comments:

  1. caya la wak...
    -cekgu enon

    ReplyDelete
  2. Teguran ikhlas - wakz

    ReplyDelete
  3. salam..wak..bukan senang bila kita nak buat xtvt..itulah halangannya..apepun..kita kena sabar...- sahabat -

    ReplyDelete
  4. tu la.. aku terpakse tegas supaye ape yg dirancangn menjadi.. - wakz

    ReplyDelete
  5. wah... panjang betul surat ni wak.. macam surat minta putus cinta je.. hahaha... boleh buat contoh surat rasmi ni... (man)

    ReplyDelete
  6. apa2 pun diharap semua kengkawan dapat memberi sokongan terhadap program yang julung2 kali nya diadakan untuk kelas kita ni.. (man)

    ReplyDelete
  7. Ya Allah wakz berbangganya le kakyusz ada classmate mantan macam wak ni...
    ikhlas ni..heheehh

    ReplyDelete
  8. hahah..! wak.. walaupun mmg confirm.. tapi sebabkan ketidakstabilan ekonomi dan matawang dunia akan mendedahkan diri saya kepada perkara² yang tidak dirancang untuk bulan depan...

    oleh itu, ayat.. "Kami disini secara jujurnya berasa sedikit DUKACITA dengan sikap segelintir daripada anda semua yang masih mengamalkan sikap seperti di zaman pembelajaran dahulu. sikap lambat membuat keputusan dan suka membuat keputusan last minute ( tunggu & lihat ) telah menjadi satu stigma yang ada pada diri anda dan boleh menggagalkan program yang telah direncanakan ini. kami disini juga tidak mahu sekiranya akibat kelewatan anda membuat keputusan akan menyebabkan perjalanan program ini terjejas. Komitmen dan kerjasama amatlah penting bagi menjayakan program ini. jadilah insan yang bertanggungjawab dan tidak menyusahkan rakan-rakan yang lain"

    tidak boleh diterima pakai oleh pihak pengurusan bank... heheheh!! seperti kata pengurusan tertinggi bank, "isteri pertama kamu adalah bank..." heheheh!!

    ReplyDelete
  9. haha.. cube la zuli.. nanti aku mintak CEO ko lepaskan ko utk join reunion..kahkhah

    ReplyDelete
  10. kak yus- sekadar mengingatkan kawan2 erti persahabatan lama.. serius nih nak jumpe kawan lame..wakz

    ReplyDelete
  11. hahah!! caiyo lah wak...!! aku confirm.. tapi takut ada perkara berbangkit... tau² jer lah.. bank...

    ReplyDelete
  12. nazir dah call aku tadi dia bg excuse kt ko zuly nk pi gathering

    ReplyDelete
  13. kalu nazir main2..aku direct trus pak lah

    ReplyDelete
  14. aku dengan dukalaranya memaklumkan ketidakdapatan kehadiran dan penyertaan aku ke reunion kita..aku jadi urusetia bengkel pemerkasaan mais 2009..

    ReplyDelete
  15. mesti din sedih nih.. di, jgn x terjun dari tingkat ground floor plak.hehe

    ReplyDelete
  16. aku pn nk tmpang bangge ni... aku akan cube sedaye upaye untuk lepas dr cengkaman ppd lipis ni...

    ReplyDelete
  17. harap2 dpt la datang nida.. last week meeting sume harap datang.. die kate kalu ko ade best macam naik motosikal suzuki best.. tak pun tampal sticker best kat kete..ishish... ape merepek nih

    ReplyDelete
  18. nida..semua org bergantung harap pd nida...sume teingin bangat jumpa nida.
    so nida apalagi kenalah wat pengorbanan..ehhehehehh -yusz-

    ReplyDelete
  19. KAWAN2 YANG DISAYANGI SEMUA..DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN SAYA, HAIRUL FIZI & LYDIA, PADA 11 APRIL 2009 (SABTU) DI ALAMAT NO.15, PADANG LALANG, KG. JAWA, SEGAMAT..DIHARAP DENGAN KEHADIRAN KAWAN2 DAPAT MEMERIAHKAN MAJLIS PERKAHWINAN SAYA..TERIMA KASEH.. c",)v

    ReplyDelete